Masukkandaging. Kacau sebati. 5. Masukkan kicap dan air rebusan daging. 6. Masukkan air asam jawa, gula melaka dan garam. Kacau sebati. 7. Taburkan cili hijau dan cili merah. Resepiikan keli goreng berlada sedap cocok untuk 4 orang. Resepi Daging Grill Steamboat. 20 tangkai cili kering 3 sudu besar cili kisar. Baru habis masak ayam berlada sedap alhamdulillah mmg sedap dan lazat terima kasih pd azie kitchen krn sudi kongsi. Ikan Bawal Tiga Rasa. Jadi untuk artikel kali. Baru rasa rangupnya ikan dic. diharijumaat yang mulia ini ialah nasi ayam Sebut jer nasi ayam pasti ramai orang sukakanSalah satu resepi yang amat sedap pada selera Uj Resepi dari dapur Azie kitchen di sini Ini. tetapi Resepi, Aneka Resepi Masakan 2016, Pelbagai Resepi, Resepi Terbaik, Resepi Sedap, Resepi Enak, Resepi Ayam, Resepi Kuih, Resepi Ikan, Resepi Daging, Resepi 1helai daun kunyit - hiris 1 KUIB PATI AYAM KNORR 1 cawan minyak masak Cara cara: Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga terbit minyak. Masukkan ayam. Kacau rata sehingga sebati. Masukkan santan, asam keping dan daun limau purut. Masukkan kiub pati ayam dan kacau rata. Masak hingga terbit minyak dan kering yang disukai. Boleh tutup api. Sayahendak menghabiskan baki hati dan mempedal serta kacang panjang yang saya beli di Pasar Taman Tun. Boleh baca entri entri Kacang Panjang dengan Hati Ayam Goreng yang sedap giler itu di SINI. Hahaha. Saya memasak sebaik tiba di rumah, jadi masih tak sempat tukar baju. Masih dengan baju pejabat gitew. Untukmenyediakan hidangan yang sedap Resepi rendang ayam azie kitchen. - Dapur Tanpa Satu kelebihan blog resepi azie kitchen ini beliau menyenaraikan bukannya satu tapi ada yang sampai 5 dan lebih resepi-resepi masakan kek dan desert yang zsharer suka contohnya resepi nasi ayam yang memang favorite zharer yang disenaraikan ada macam macam jenis. 1ekor Ikan Merah disiang, dicuci dan dipotong ikut suka. 3 biji bawang merah - hiris. 2 biji bawang putih - hiris. ½ inci halia - hiris kasar. 1 batang kulit kayu manis. 2 bunga lawang. 1 biji ubi kentang - dipotong kasar, optional. 1 batang karot - dibuang kulit, hiris nipis ikut suka. 1 sudu lada hitam - tumbuk kasar. Resepirendang daging raya azie kitchen. Resepi Ayam Shosha. Resipi dari ibusedap di makan dengan lemangketupat pulut dan ketupat. Pasti ramai yang menggemari masakan rendang kerana ia penuh perisa dan aroma rempah ratus serta lemak rasanya. Pastinya sedap dan menyelerakan. Masakan rendang cukup sinonim dengan masyarakat Melayu terutamanya Tutorial} rendang ayam azie kitchen. Santapan Senja | Rendang Ayam Azie Kitchen ~ memang waktu ini sedang banyak dicari oleh sebagian orang disekitar kita, mungkin salah satunya anda. Masyarakat jaman now memang telah terbiasa memanfaatkan internet di ponsel untuk mendapatkan informasi gambar maupun video untuk dijadikan ide dan sesuai judul postingan kali ini admin akan membahas tentang 47 imej Resepi dumpling azie kitchen. Aneka Resepi Masakan | Resepi dumpling azie kitchen ~ memang waktu ini sedang banyak dicari oleh teman-teman disekitar kita, mungkin salah satunya anda. Orang-orang jaman now memang telah terbiasa menggunakan internet di HP untuk melihat informasi gambar maupun video untuk dijadikan inspirasi salah satunya dalam memasak, dan sesuai judul postingan kali 4nPc. 7/01/2018 Manusia hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Banyak undangan majlis perkahwinan dan majlis rumah terbuka semalam dan hari ini tidak dapat saya hadiri kerana saya demam dan selsema yang agak teruk. Selepas majlis rumah terbuka Bank tempat saya bekerja hari Jumaat lalu, saya telah merasa tidak sedap badan bila saya mula bersin dan hidung mula berair. Balik rumah cepat cepat mengambil panadol dan ubat sakit tekak. Tapi nampak tidak dapat mencegah saya dari terus demam. Ingat hari ini hendak ke majlis rumah terbuka Datin Rafidah, tapi badan rasa ringan melayang sahaja. Jadi sebelum apa apa yang tidak diingini, saya memutuskan untuk tidak ke mana mana. Jadi mahu tidak mahu saya terpaksa ke dapur memasak yang ringkas ringkas untuk makan tengahari saya, suami, Juita dan Aween. Resepi saya hari ini adalah Rendang Cili Padi yang dimakan dengan lemang periuk kera dan juga nasi impit. Ya lah masih dalam suasana raya kan... Telah bertahun saya meminta resepi rendang ayam cili padi dari Ali, rakan sekerja. Ianya selepas saya makan rendang ayam yang dimasak oleh isteri beliau di satu majlis makan makan di pejabat bebeerapa tahun lepas. Tapi saya gagal mendapatkannya sehingga majlis rumah terbuka Bank hari Jumaat di mana isterinya hadir bersama. Apalagi, saya terus bertanya resepi dari tuan punya diri. Kebetulan saya memang telah lama bercadang untuk memasak rendang ayam cili padi dan bersembang sembang dengan Maznah, rakan sekerja. Dia cakap reka sendiri lah kak zie bila saya beritahu yang saya telah lama mencari resepi rendang cili padi. Jadi sambil bersembang, saya menulis resepi untuk rendang ayam cili padi. Terdapat banyak versi ada yang ditumis, ada yang dimasukkan rempah jintan dsb. Jadi bila isteri Ali sudi berkongsi resepi, lebih mudah saya bertanya bahan yang digunakan. Cuma perlu compare sahaja bahan yang diberi dengan resepi yang telah saya tulis. Jom layan resepi yang telah saya tulis di bawah ini. Juga jangan lupa video di Azie Kitchen youtube channel di SINI. 1 sudu besar serbuk kunyit - untuk cantikkan warna 1 helai daun kunyit - dihiris 1/2 kg santan pekat 1 sudu kecil cili kering kisar - opsyenal 1 sudu besar garam kasar atau secukup rasa 15 tangkai cili padi hijau dan merah - boleh tambah jika suka pedas Bahan bahan kisar dikisar dengan santan tapi jangan terlalu hancur supaya rendang akan lebih berserdak. Masukkan ayam, serbuk kunyit dan bahan kisar ke dalam kuali dan nyalakan api kecil seketika agak agak air ayam kering. Setelah air ayam kering, masukkan santan dan daun limau purut. Saya juga letak sedikit cili kering kisar sekadar hanya untuk mencantikkan warna. Selalu dikacau di bahagian bawah kuali supaya tidak hangit dan melekat. Jangan kacau ayam, untuk mengelakkan ayam hancur. Setelah terbit minyak dan hampir kering, masukkan kerisik, garam dan gula. Masak sehingga kering yang disukai denga api yang kecil. Akhir sekali, masukkan daun kunyit yang dihiris halus. Tutup api. Jika suka, boleh juga ditumis terlebih dahulu bahan kisar sebelum dimasukkan ayam dan santan. Jika mahu rendang yang kering, biarkan lama lama atas dapur dengan api yang kecil, kacau di bahagian bawah kuali supaya tidak hangit dan melekat. Cara mengacau juga penting. Resepi ini tidak menggunakan asam keping, tapi jika suka boleh letak 1 keping asam keping. 7/11/2017 Saya pernah beli Pulut Kuning dan Rendang yang dijual oleh Zarina Zainuddin. Saya kagum melihat kegigihan beliau berniaga pulut kuning demi menyara keluarga. Bila melihat Pulut Kuning yang dijual oleh Zarina Zainuddin, saya menjadi teringin untuk membuatnya. Maklum jika dibeli, harga satu bekas ialah RM15. Jadi lebih jimat jika dibuat sendiri. Kebetulan pula, besan kami datang beraya. Jadi saya memberitahu Nana yang saya ingin memasak pulut kuning dan rendang ayam ketika kami merancang menu yang ingin disediakan. Menu lain lain, Nana dan Juita dengan dibantu oleh Boy yang menyediakan. Boleh klik untuk melihat langkah demi langkah secara bergambar yang saya sediakan di SINI dan SINI. Saya belajar dari kakak ipar saya yang santan perlu masin, supaya bila bergaul dengan pulut, akan menjadi secukup rasa. Mesti masin "pperak", kalau istilah orang Kelantan. Seolah masin yang terlebih masin atau sangat masin lah. Saya mengesyorkan anda mencuba menyediakan sendiri Pulut Kuning kerana kalau dulu dulu, pulut kuning disediakan oleh orang tua tua. Kita tak ambil peduli nak belajar, bila dah tak ada orang tua tua, kitalah yang kena menyediakan sendiri pulut kuning bagi mengekalkan makanan tradisi orang Melayu. Pulut kuning hari ini dimakan dengan dicicah dengan Rendang Ayam. Entah kenapa rendang ayam saya hari ini rasa tersangat win. Mungkin rendang ayam paling sedap tahun 2017. Hahaha kerana saya belum lagi memasak rendang tahun ini. Rendang ayam ini telah dibuat sedikit modifikasi. Tunggukan bila saya update blog untuk resepi dan juga video penyediaannnya. Jom layan resepi yang saya tulis semula di bawah ini dan layan video yang telah saya kongsikan dalam Instagram Azie Kitchen untuk video penyediaan dan juga youtube Azie Kitchen channel di SINI dan untuk video Pulut kuning di SINI. Bagi yang belum follow facebook Azie Kitchen, boleh klik link di SINI. Pulut Kuning Kukus Yang Lembut 500 gram beras pulut susu 1 keping asam keping - untuk menjadikan pulut berkilat 1 sudu besar kunyit serbuk - opsyenal 1 inci kunyit hidup - tumbuk dan tapis air 1 -2 cawan santan pekat - boleh tambah Sedikit minyak masak, jika guna santan kotak - opsyenal Basuh beras pulut dan tos airnya. Masukkan air kunyit hidup dan pewarna. Kacau kacau supaya warna rata. Lepas tu, baru masukkan air dan rendam beras pulut dengan asam keping selama 1 - 2 jam, bergantung kepada jenis beras pulut. Jika beras pulut susu, sekejap sahaja sudah memadai. Semasa direndam kacau beberapa kali supaya warna sekata. Boleh juga masuk sedikit minyak masa merendam pulut. Panaskan pengukus hingga air mendidih. Tos beras pulut. Masukkan ke dalam periuk pengukus yang telah dilapikkan daun pisang atau daun pandan. Ketika dikukus, kacau sekali sekala supaya ianya masak sekata. Kukuskan selama 20-25 minit atau sehingga masak. Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar. Tuangkan santan yang telah digaulkan dengan garam sehingga santan semua meliputi pulut. Biarkan dalam 5 minit agar santan menyerapkan ke dalam pulut. Setelah itu, kacau dan arung pulut dan santan tadi selama 10-15 minit sehingga sebati dan nampak seolah-olah berminyak. Pastikan tiada pulut yang berketul. Jika rasa kurang santan, boleh tambah santan dan kacau lagi hingga sebati. Kacau ketika pulut dan santan masih panas. Jika telah sejuk, kurang menjadi dan pulut mungkin akan menjadi keras. Masukkan semula pulut ke dalam periuk kukusan dan kukus lagi sekali selama 15-20 minit atau sehingga masak. Boleh tutup api dapur dan masukkan dalam mangkuk besar. Taburkan sedikit gula dan kacau rata bagi menjadikan pulut bersinar cantik. Ada juga yang memasak santan terlebih dahulu, sambil dikacau supaya tidak pecah minyak. Tuang ke atas pulut. Tak perlu dikukus lagi. Ada juga yang memasukkan santan cair dahulu dan kukus kali kedua. Kemudian masukkan pati santan yang dicampur dengan garam dan digaul dengan pulut ketika panas. Pulut siap. Pulut panas akan memasakkan santan. Pulut kuning yang sedap perlu ada rasa masin dan manis yang seimbang. Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih. Sebelum masuk bab resepi, jom kita cerita cerita dulu. Sejak kecil saya sangat adore melihat gadis gadis dan wanita yang cantik. Saya dah ada beauty conscious seawal saya di darjah 6 lagi. Saya melihat ramai rakan rakan sekolah yang putih melepak dan cantik cantik. Ianya menyebabkan saya sentiasa merasa rendah diri bila melihat kawan kawan yang menpunyai kulit muka yang gebu dan halus mulus. Sedang kulit muka saya menpunyai freckles atau dipanggil sebagai jeragat. Ketika di tingkatan satu saya pernah membuat pembelian online ubat untuk jeragat berdasarkan iklan di majalah. Banyak lagi kekurangan fizikal diri yang saya amat sedari. Sehingga kini, saya terpegun bila melihat ramai anak anak gadis yang cantik cantik. Bukan sahaja berwajah cantik tetapi juga tubuh badan yang langsing dan ramping. Dalam hati sentiasa berkata betapa beruntungnya mereka, tanpa perlu menjaga muka pun, sebiji jerawat pun tidak singgah. Hahaha cukuplah setakat ini dahulu. Sekarang kita pindah pula ke bab masakan. Bila musim perayaan, Rendang samada daging atau ayam adalah antara menu yang wajib ada di rumah rumah dan juga majlis rumah terbuka. Rasa tak lengkap tanpa rendang yang dicicah dengan ketupat atau rendang. Sebelum ini viral di facebook pasal rendang saya yang dinamakan rendang Perak kerana kononnya tak sama dengan resepi nenek moyang mereka di Perak. Memasak adalah satu perkara seni. Kita perlu memasak dari hati dengan penuh kasih sayang. Baru lah apa yang dimasak akan menjadi sedap. Memasak juga perlukan kreativiti terutama mereka yang tidak menpunyai banyak masa. Saya hanya memasak selepas balik pejabat atau hanya pada hari minggu. Jadi saya banyak memasak mengikut gerak hati bagi menjimatkan masa di dapur tanpa kompromi dari segi keenakannya. Memang rendang asli tidak ditumis tapi tak salah jika saya mahu menumis. Kerana dengan menumis rendang menjadi tahan lama dan masa memasak juga dijimatkan. Begitu juga, tidak salah untuk membuat perubahan yang menghasilkan lauk pauk yang lebih sedap seperti ayam dimasukkan selepas bahan tumis garing dan dikecutkan dulu atau ayam dicelur supaya rendang tahan lebih lama. Resepi saya belajar dari keluarga mertua, bahan dihiris dan ada yang dikisar kemudian dimasukkan semua sekali ke dalam kuali dan dimasak dengan api sederhana. Tapi saya perhatikan, bila petang rendang dah mula lain. Ayam pun hancur sebab kesan dikacau. Jadi bagi mereka yang setia dengan rendang asli nenek moyang, jangan nak mengecam orang yang membuat perubahan. Anda sendiri tak memerah santan kelapa. Tapi mungkin membeli santan siap diperah yang mungkin bercampur tepung atau hanya menggunakan santan kotak sahaja. Itu pun kiranya dah tak lagi asli. Saya wanita berkerjaya, masa saya terhad. Saya tidak boleh terlalu lama di dapur kerana saya perlu masa untuk keluarga dan masa untuk diri sendiri samada untuk mengaji, membaca buku dsb. Begitu juga cara asli membuat kerisik ialah dengan menggoreng kelapa parut tanpa minyak. Kalau guna kerisik segera, itu dah tak asli. Zaman nenek moyang tak ada kerisik segera kan. Tapi dari menghabiskan masa 30 minit menggoreng kelapa, kita boleh bakar kelapa parut di dalam oven sahaja. Atau jika tak ada masa, guna jer kerisik segera. Hari ini saya ingin kongsikan resepi yang saya telah memasak berkali kali, boleh klik di SINI. Kali ini saya lebihkan bawang yang dihiris kerana mahukan ayam yang banyak serdaknya supaya sedap dicicah dengan pulut kuning atau lemang. Saya juga sukakan rasa daun kunyit yang ditabur sebelum rendang diangkat dari dapur. Sedikit boleh dimasukkan ketika rendang dimasak dan sebahagian lagi dihiris halus dan tabur selepas rendang siap dimasak. Jom layan resepi rendang ayam yang mudah dan sedap ini. Kalau ikut resepi ini, sesiapa pun boleh memasak rendang dengan sedap. Jika suka berkuah, jangan terlalu dikeringkan. Memang sedap sehingga saya makan mengulang berkali kali. Untuk resepi pulut kuning, boleh klik di SINI. Rendang Ayam Mudah dan Sedap 1 ½ ekor ayam - potong 12 2 kotak santan kotak - saiz kecil 2 sudu besar kerisik - buat sendiri 1 sudu besar garam atau secukup rasa 1-2 keping asam keping - bergantung saiz Serbuk perasa Bahan hiris 10 - 12 ulas bawang merah 2 helai daun kunyit - 1 helai dihiris halus 2 senduk cili kering kisar - boleh tambah ikut pedas disukai 4 tangkai cili padi, jika suka pedas - opsyenal 2 - 2 1/2 biji bawang besar Panaskan minyak dan tumis bawang yang dihiris sehingga kekuningan, masukkan bahan kisar dan tumis lagi sehingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam agak kecut dan kering airnya, baru dimasukkan santan dan air secukupnya. Terus masak dengan api kecil sehingga ayam masak, kuah pekat dan pecah minyak. Masukkan garam, gula, gula Melaka dan asam keping serta daun kunyit. Setelah pecah minyak, baru dimasukkan kerisik dan sedikit serbuk perasa. Akhir sekali, tabur daun kunyit yang dihiris halus dan bolehlah ditutup api. Nota Cara mudah buat kerisik ialah dengan membakar di dalam oven dan dikacau kacau setiap 5 minit supaya ianya kuning dan garing rata. Jika suka, boleh juga dihiris halus halia dan separuh dari serai. Ini adalah cara arwah Bonda mertua saya.